Dasar Privasi

Privasi ini menerangkan bagaimana Speedpawn, satu www.speedpawn.my, menggunakan maklumat peribadi anda yang anda telah berikan kepada Speedpawn semasa berinteraksi dengan Speedpawn atau dengan menggunakan perkhidmatan kami yang tidak terhad kepada laman web Speedpawn www.speedpawn.my ("Laman Web") dan aplikasi telefon bimbit (apps) kami. Berhubungan dengan ini, adalah tanggungjawab anda untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan dikemasikinikan kepada Speedpawn dan bersetuju terhadap pemprosesan maklumat-maklumat ini oleh Speedpawn di Malaysia dan di luar Malaysia.

Sekiranya terdapat apa-apa konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan. Speedpawn berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Dasar Privasi yang telah dikemas kini pada Laman Web tersebut. Dengan terus berinteraksi dengan Speedpawn atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Speedpawn berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan pada Dasar Privasi ini akan menyatakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemaskini atau pindaan tersebut.

“Maklumat Peribadi” merujuk kepada data peribadi yang anda telah berikan kepada Speedpawn dan apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenalpasti anda.

“Pemprosesan” merujuk kepada mengumpul, memegang, merekod, menganjurkan, mengguna dan membetulkan Maklumat Peribadi.

Apakah Maklumat Peribadi yang Speedpawn kumpul daripada anda?

Speedpawn mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda apabila anda menghantar Borang-borang yang disediakan di Laman Web dan/atau apabila anda menghantar permohonan untuk Penilaian dan/atau menggunakan Laman Web yang tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, No. Kad Pengenalan/Pasport, alamat e-mel dan butir-butir akaun bank anda. Speedpawn juga mengumpul Maklumat Peribadi apabila anda melengkapkan kajian pelanggan. Maklumat penggunaan Laman Web juga boleh dikumpulkan dengan menggunakan “cookies”.

Pemberian Maklumat Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan Maklumat Peribadi yang diperlukan, Speedpawn mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda dan/atau memberikan perkhidmatan yang diminta.

Cookies dan Google Analytics

“Cookies” adalah fail teks kecil yang disimpan di komputer anda oleh laman web yang anda lawati. Mereka digunakan secara meluas supaya laman web berfungsi, atau berfungsi dengan lebih cekap, dan juga memberi maklumat kepada pemilik laman web. Laman web ini menggunakan Google Analytics, khidmat analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan "cookies" untuk membantu Laman Web menganalisis cara anda menggunakan laman web ini. Maklumat yang dihasilkan oleh cookie mengenai penggunaan Laman Web akan dihantar dan disimpan oleh Google pada “servers” di Amerika Syarikat. Sekiranya Laman web memetik alamat IP untuk tujuan statistik tanpa maklumat keperibadian, alamat IP anda akan dipenggal oleh Google di dalam negara anggota EU atau negara EEA yang lain sebelum dihantar ke AS. Hanya dalam situasi yang luar biasa, alamat IP penuh anda akan dihantar ke “servers” Google di Amerika Syarikat dan dipenggal di sana . Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan Laman Web, menyusun laporan mengenai aktiviti Laman Web untuk pengendalian Laman Web dan penyediaan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti Laman Web dan penggunaan internet.

Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dipegang oleh Google. Anda boleh menolak penggunaan “cookies” dengan memilih tetapan yang sesuai pada penyemak imbas anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi penuh Laman Web. Dengan menggunakan Laman Web, anda bersetuju dengan pemprosesan Maklumat Peribadi tentang anda oleh Google mengikut cara dan tujuan yang dinyatakan di atas.

Anda juga boleh menghalang Google daripada mengumpul Maklumat Peribadi (Termasuk alamat IP anda) melalui “cookies” dan memproses Maklumat Peribadi dengan memuat turun plugin ini: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.

Kebanyakan penyemak imbas web membenarkan kawalan “cookies” melalui tetapan penyemak imbas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai “cookies”, termasuk cara melihat “cookies” apa yang telah ditetapkan dan bagaimana untuk mengurus dan memadamnya, lawati www.allaboutcookies.org.

Bagaimanakah Speedpawn menggunakan Maklumat Peribadi yang dikutip dari anda?

Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Speedpawn adalah digunakan untuk proses prosedur Penilaian dan Pajakan barang. Speedpawn juga boleh menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menghantar e-mel kepada anda tentang perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Speedpawn yang mungkin diminati oleh anda.

Pengekalan Maklumat Peribadi anda.

Speedpawn akan mengekalkan Maklumat Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan.

Laman Web lain

Laman web ini mungkin mempunyai pautan ke Laman web lain. Dasar Privasi ini hanya digunakan di Laman Web ini. Oleh itu, anda harus membaca dasar privasi laman web yang lain apabila anda menggunakan Laman web tersebut.