Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat ("Terma dan Syarat") yang dinyatakan di bawah dengan teliti sebelum mendapatkan Perkhidmatan dari Laman Web ini. Dengan memperoleh Penilaian Percuma dan/atau menghantar barang untuk Penilaian dan/atau menerima pemindahan wang, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat berikut:

  1. Pengenalan

    Kami adalah Speedpawn, sebuah jenama di bawah www.speedpawn.my, kecuali dinyatakan sebaliknya.

  2. Definasi/Tafsiran

    1. "Perjanjian" adalah rujukan kepada Terma dan Syarat, Dasar Privasi dan/atau sebarang borang dan arahan pembayaran yang diberikan kepada anda. "Laman Web" merujuk kepada www.speedpawn.my.
    2. "Dasar Privasi" adalah dasar yang dipaparkan di Laman Web yang terdiri daripada butiran terperinci bagaimana data peribadi anda dikumpulkan dan disimpan.
    3. "Anda" merujuk kepada orang yang mengakses Laman Web dan memperoleh perkhidmatan daripada Speedpawn dan/atau mana-mana saluran lain yang disediakan oleh Speedpawn.
    4. "Kami" dirujuk sebagai Speedpawn. "Perkhidmatan" merujuk kepada mana-mana perkhidmatan yang diberikan mengikut permintaan melalui Laman Web.
    5. "Barang" merujuk kepada sebarang objek dan/atau instrumen yang disenaraikan di Laman Web yang dibentangkan kepada Speedpawn untuk dinilai dan/atau dipajak.
    6. "Penilaian" merujuk kepada proses yang barang tersebut dinilai.
    7. "Pajak" merujuk kepada kami menyediakan pinjaman dengan menerima cagaran yang berharga.
    8. "Jumlah" merujuk kepada jumlah yang terdiri daripada nilai gadai pokok dan faedah yang perlu dibayar.
    9. "Terma Pinjaman" merujuk kepada tempoh dua belas (12) bulan dari masa Barang dipajak.
    10. "Penebusan" dan/atau "Tebus" merujuk kepada proses di mana anda akan menerima Barang anda apabila pembayaran Jumlah yang perlu bibayar telah diselesaikan.
  3. Pajak

    1. Anda bersetuju memberi kami butir-butir anda dan mengesahkan bahawa butiran ini adalah tepat dan lengkap semasa pajak.
    2. Kami akan mengutamakan keselamatan, setakat mana yang ia adalah dalam kuasa kami untuk melakukannya untuk memastikan barang Penilaian dan Pajakan adalah selamat.
    3. Sebarang permintaan untuk Penilaian adalah tertakluk kepada kesediaan, keupayaan, dan penerimaan oleh kami. Apabila anda membuat permintaan Penilaian secara online, kami akan menghantar e-mel kepada anda berkaitan dengan Nilai Barang-barang tersebut.
    4. Sekiranya anda ingin meneruskan pajakan, kami akan membuat pengaturan untuk Barang-barang (supaya dikutip dari alamat yang disediakan dalam Borang Pengambilan).
    5. Apabila Barang-barang yang dihantar diterima, Penilaian dan Pengesahan akan dijalankan untuk mengenal pasti nilai semasa Barang-barang tersebut. Anda dianggap bersetuju dengan proses Penilaian dan pengesahan yang dijalankan.
  4. Pengiktirafan

    1. Anda dikehendaki mengisi borang penilaian yang disediakan di Laman Web apabila ingin membuat permintaan untuk penilaian Barang-barang sebelum pajakan.
    2. Anda dianggap telah bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Dasar Privasi apabila permintaan penilaian telah dikemukakan.
    3. Anda dianggap bersetuju untuk menghantar Barang-barang anda kepada kami setelah borang pengambilan dihantar.
    4. Anda dianggap bersetuju dengan nilai penilaian Barang-barang apabila anda mengatur untuk Barang-barang dikutip dan dihantar ke pusat kami.
  5. Pembatalan

    1. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan proses pajakan, anda perlu memberitahu kami melalui Laman Web.
    2. Kami memegang semua hak untuk menghentikan proses penilaian apabila menemui percanggahan dalam keadaan sebenar Barang-barang tersebut berbanding dengan keterangan dan/atau maklumat terperinci Barang-barang yang diberi oleh anda sebelum itu.
    3. Sekiranya berlaku Seksyen 5.2, Barang-barang tersebut akan dikembalikan oleh kami kepada anda.
  6. Batasan Liabiliti

    1. Penjagaan yang rapi akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di Laman Web ini adalah benar dan bebas daripada kesilapan. Kami memohon maaf terhadap sebarang kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Kami tidak boleh menjamin bahawa penggunaan Laman Web akan bebas dari sebarang kesilapan atau “fit for purpose”, tepat pada masanya, ketidaksempurnaan akan diperbetulkan, atau laman atau “server” yang tersedia adalah bebas daripada virus atau “bugs” atau mewakili fungsi penuh, ketepatan, kebolehpercayaan Laman Web dan kami tidak memberi sebarang jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, berkaitan dengan “fitness for purpose”, atau ketepatan.
    2. Dengan menerima syarat-syarat penggunaan ini, anda bersetuju untuk membebaskan kami dari apa-apa liabiliti yang timbul daripada penggunaan maklumat anda dari mana-mana pihak ketiga, atau penggunaan mana-mana laman web pihak ketiga anda.
    3. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kegagalan, kesilapan atau peninggalan atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau pencemaran lain atau harta yang merosakkan yang dihantar kepada anda atau sistem komputer anda melalui Laman Web kami.
    4. Kami telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah penipuan Internet dan memastikan semua data yang dikumpulkan dari anda disimpan dengan selamat. Bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab sekiranya kejadian tersebut berlaku di “server” komputer kami yang amat selamat atau pihak ketiga.
    5. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami semasa proses pembayaran dari pihak kami kerana pengesahan butir-butir yang disediakan oleh anda adalah tepat. Bayaran akan dibuat mengikut butir-butir yang anda berikan dan hendaklah tepat.
    6. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami dalam proses Penebusan apabila pengesahan butir-butir yang disediakan oleh anda adalah tepat. Barang akan ditebus mengikut butir-butir yang anda berikan dan hendaklah tepat.
  7. Umum

    1. Kami boleh menukar atau mengubah Syarat Penggunaan pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda.
    2. Jangan guna atau melancarkan sistem atau program automatik yang berkaitan dengan Laman Web ini.
    3. Tidak boleh mengumpul atau mengambil maklumat peribadi dari Laman Web ini, menggunakan sistem komunikasi yang disediakan oleh Laman Web untuk sebarang tujuan permintaan komersil, mengambil maklumat butiran pengguna Laman Web berkenaan dengan penyerahan mereka ke Laman Web, atau menyiarkan atau mengedar sebarang kod yang berkaitan dengan Laman Web, atau “hack” Laman Web.
    4. Syarat Penggunaan bersama dengan Dasar Privasi, apa-apa bentuk dan arahan pembayaran merupakan seluruh perjanjian antara anda dan kami. Tiada istilah lain sama ada dinyatakan atau tersirat akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat sebarang konflik di antara Terma Penggunaan ini dan apa-apa terma atau peruntukan lain di Laman Web, Terma Penggunaan ini akan digunakkan.
    5. Jika mana-mana terma atau syarat Perjanjian dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, pihak-pihak dengan ini bersetuju bahawa terma atau syarat itu dipadamkan dan Perjanjian yang lain akan terus berkuatkuasa tanpa terma atau syarat tersebut.
    6. Terma Penggunaan dan Perjanjian hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Dengan itu, pihak-pihak menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
    7. Tiada kelewatan atau kegagalan dari pihak kami untuk menguatkuasakan hak atau remedi kami di bawah Perjanjian ini yang kami mempunyai hak untuk mengeluarkan hak atau remedi tersebut melainkan jika pengecualian tersebut disahkan secara bertulis.
    8. Terma Penggunaan ini dan kontrak (dan semua kewajipan yang tiada persetujuan kontrak yang timbul daripada atau berkaitan dengannya) akan ditadbir dan ditafsirkan menurut Undang-undang Malaysia. Pihak-pihak dengan ini mengemukakan kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia. Semua terma, urusan, surat-menyurat dan hubungan antara kami akan dibuat atau dijalankan dalam Bahasa Inggeris.